Yang berikut merupakan skop tugas bagi setiap jawatan dalam Kelab Pelancongan:
PENGERUSI
Ketua bagi seluruh kelab. Pengerusi akan mengetuai kelab dan membuat keputusan penting. Pengerusi juga berperanan untuk berhubung dengan guru-guru penasihat dan membahagikan kerja antara semua ahli jawatankuasa.
NAIB PENGERUSI
Naib pengerusi akan membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas dalam kelab. Naib pengerusi juga akan menggantikan tempat pengerusi jika tiada pengerusi.
SETIAUSAHA
Setiausaha perlu menulis minit mesyuarat bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan dalam perjumpaan kelab. Semua laporan juga disediakan oleh setiausaha.
NAIB SETIAUSAHA
Naib Setiausaha membantu setiausaha dalam melaksanakan tugasnya. Naib setiausaha akan mengutip surat daripada ahli-ahli.
BENDAHARI
Bendahari bertanggungjawab mencatat buku akaun pada setiap hujung bulan dengan cemat dan penuh tanggungjawab untuk mengira perbelanjaan setiap bulan dan juga baki-bakinya.
NAIB BENDAHARI
Naib Bendahari membantu bendahari mengutip wang daripada ahli-ahli apabila diperlukan.
KETUA DISIPLIN
Ketua disiplin menjaga disiplin semua ahli semasa perjumpaan atau pergi melancong. Ketua disiplin juga perlu mengemaskinikan blog Kelab Pelancongan.
PENOLONG KETUA DISIPLIN
Penolong ketua disiplin membantu ketua disiplin untuk menjaga disiplin semua ahli dan mengemaskinikan blog.
KETUA PROJEK HIJAU
Ketua projek hijau memastikan tempat yang telah digunakan bersih dan tiada sampah-sarap. Ketua projek hijau juga merupakan ketua bagi gotong-royong.
PENOLONG KETUA PROJEK HIJAU
Penolong ketua projek hijau membantu ketua projek hijau dalam melaksanakan tugasnya. Penolong projek hijau juga bertanggungjawab memastikan kebersihan kawasan sekitar.
WAKIL TINGKATAN
Wakil tingkatan bertanggungjawab untuk mencatat kehadiran semua ahli semasa perjumpaan. Wakil tingkatan juga perlu mengutip kad hijau daripada semua ahli semasa perjumpaan.